[PDF] Pencen (Pindaan) 1 D.R. 32/2011 RANG UNDANG-UNDANG





Previous PDF Next PDF



Akta 227

11 Feb 1980 AKTA PENCEN 1980. Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pentadbiran pencen ganjaran dan lain-lain faedah bagi pegawai dalam ...



UNDANG-UNDANG MALAYSIA AKTA PENCEN 1980

31 Dec 2006 AKTA PENCEN 1980. Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pentadbiran pencen ganjaran dan faedah lain bagi pegawai dalam perkhidmatan ...



PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2003

bawah Akta Pencen 1980 (Akta 227) bagi pegawai perkhidmatan awam. Persekutuan atau Negeri dan di bawah Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa. ??????? 



peraturan-peraturan pencen (pindaan) 2022 pensions (amendment

21 Jan 2022 AKTA PENCEN 1980. PERATURAN-PERATURAN PENCEN (PINDAAN) 2022. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 5 Akta Pencen 1980 [Akta ...



Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

1 Nov 2015 Akta Pencen 1980. (Akta 227). - Pegawai Perkhidmatan. Awam Persekutuan dan. Awam Negeri. Akta Pencen Pihak-Pihak. Berkuasa Berkanun dan.



UNDANG-UNDANG MALAYSIA

1 Jan 2013 Akta 238. AKTA PENYELARASAN PENCEN 1980. Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan pencen dan faedah lain bagi pegawai dalam ...



Akta 239 AKTA PENCEN PIHAK BERKUASA BERKANUN DAN

31 Jul 1980 Pekerja berpencen boleh memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang ... (c) seseorang pegawai berpencen di bawah Akta Pencen 1980.



Untitled

Akta Pencen 1980. (Akta 227). - Pegawai Perkhidmatan Awam. Persekutuan dan Awam Negeri. Akta Pencen Pihak-Pihak. Berkuasa Berkanun dan. Tempatan 1980.



PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2003

bawah Akta Pencen 1980 (Akta 227) bagi pegawai perkhidmatan awam. Persekutuan atau Negeri dan di bawah Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa. ??????? 



Pencen (Pindaan) 1 D.R. 32/2011 RANG UNDANG-UNDANG

Pindaan seksyen 6. 2. Akta Pencen 1980 [Akta 227] yang disebut “Akta ibu” dalam. Akta ini



Akta 227 - Akta Pencen 1980

AKTA PENCEN 1980 SUSUNAN SEKSYEN Seksyen Tajuk ringkas mula berkuat kuasa dan pemakaian Tafsiran Pencen dsb bukan suatu hak yang mutlak Pencen dsb hendaklah dipertanggungkan Disatukan Persekutuan Peraturan-peraturan Penghitungan pencen dsb



Pencen (Pindaan) - Parlimen

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pencen 1980 (“Akta 227”) 2 Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan 3 Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 6 Akta 227 untuk memasukkan peruntukan untuk membolehkan penghitungan faedah persaraan pegawai yang

Pencen (Pindaan)1

D.R. 32/2011

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen 1980.

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencen (Pindaan)

2011.
(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.

Pindaan seksyen 6

2. Akta Pencen 1980 [Akta 227], yang disebut "Akta ibu" dalam

Akta ini, dipinda dalam seksyen 6 dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut: "(3) Apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan kepada seseorang pegawai yang bersara di bawah seksyen 11 hendaklah dihitung mengikut peraturan-peraturan yang jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira baginya hendaklah dikira seolah-olah pegawai itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksanya, yang mana jua terpakai baginya.".

Rang Undang-Undang2

Pindaan seksyen

3. Seksyen Akta ibu dipinda -

(a) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan "lima puluh lapan" dengan perkataan "enam puluh"; (b) dalam subseksyen (), dengan menggantikan perkataan "1 Julai 2008" dan "lima puluh lapan" masing-masing dengan perkataan "1 Januari 2012" dan "enam puluh"; (c) dalam subseksyen () - (i) dengan menggantikan perkataan "lima puluh lapan" dan "1 Julai 2008" masing-masing dengan perkataan "enam puluh" dan "1 Januari 2012"; dan (ii) dengan memasukkan selepas perkataan "lima puluh enam tahun" perkataan "atau lima puluh lapan tahun"; dan (d) dalam subseksyen (), dengan menggantikan perkataan "lima puluh lapan" dengan perkataan "enam puluh".

Pindaan seksyen 10

4. Seksyen 10 Akta ibu dipinda -

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan "lima puluh lapan" dengan perkataan "enam puluh"; (b) dalam subseksyen (2) dan (3), dengan menggantikan perkataan "atau lima puluh lapan" dengan perkataan ", lima puluh lapan atau enam puluh"; (c) dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan "lima puluh lapan" dan "1 Julai 2008" masing-masing dengan perkataan "enam puluh" dan "1 Januari 2012"; (d) dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan "lima puluh lapan" dan "1 Julai 2008", di mana-mana jua terdapat, masing-masing dengan perkataan "enam puluh" dan "1 Januari 2012"; dan (e) dalam subseksyen (9), dengan menggantikan perkataan "lima puluh lapan" dengan perkataan "enam puluh".

Pencen (Pindaan)3

Pindaan seksyen 12

5. Seksyen 12 Akta ibu dipinda -

(a) dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan "lima puluh lapan" dengan perkataan "lima puluh lima"; (b) dengan memotong subseksyen (); dan (c) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan ", lima puluh lima tahun, lima puluh enam tahun atau lima puluh lapan tahun" dengan perkataan "atau lima puluh lima tahun".

Pindaan seksyen

6. Seksyen Akta ibu dipinda -

(a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan "lima puluh lapan" dengan perkataan "enam puluh"; dan (b) dengan menggantikan subseksyen () dengan subseksyen yang berikut: "() Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik sebelum 1 Januari

2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan

tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan 'enam puluh' dengan perkataan 'lima puluh lima' atau 'lima puluh enam' atau 'lima puluh lapan', mengikut mana-mana yang berkenaan.".

Pindaan seksyen 15

7. Seksyen 15 Akta ibu dipinda -

(a) dalam perenggan (1)(b), dengan menggantikan perkataan "dua belas tahun setengah", di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan "dua puluh tahun"; dan (b) dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan "20 atau".

Rang Undang-Undang4

Pindaan seksyen 19

8. Seksyen 19 Akta ibu dipinda -

(a) dengan memotong perkataan "atau" di hujung perenggan (a); (b) dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (b) dengan perkataan "; atau"; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut: "(c) menunaikan perintah mahkamah yang dikeluarkan berhubung dengan perkara kebankrapan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengannya.".

Pemotongan seksyen 20

9. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 20.

Pindaan seksyen 23

10. Seksyen 23 Akta ibu dipinda -

(a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan "lima puluh lapan" dengan perkataan "enam puluh"; dan (b) dengan menggantikan subseksyen () dengan subseksyen yang berikut: "() Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (2) yang telah dilantik semula sebelum

1 Januari 2012 telah diberikan opsyen sebelum tarikh

itu dan tidak memilih umur persaraan paksa enam puluh tahun, subseksyen (2) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan 'enam puluh' dengan perkataan 'lima puluh lima' atau 'lima puluh enam' atau 'lima puluh lapan', mengikut mana-mana yang berkenaan.".

Pencen (Pindaan)5

Pindaan seksyen 25

11. Seksyen 25 Akta ibu dipinda dalam perenggan (b) dengan menggantikan perkataan "dua belas tahun setengah", di mana- mana jua terdapat, dengan perkataan "dua puluh tahun".

Kecualian dan peralihan

12. (1) Pindaan dalam perenggan 5(a) dan (b) Akta ini tidaklah menjejaskan pemberian pencen kepada seseorang pegawai yang sebelum 1 Januari 2012 - (a) telah bersara pilihan; (b) telah melebihi umur lima puluh lima tahun; dan (c) telah mencapai umur persaraan paksanya. (2) Pemberian pencen kepada seseorang pegawai yang sebelum

1 Januari 2012 -

(a) telah bersara pilihan; (b) telah melebihi umur lima puluh lima tahun; tetapi (c) belum mencapai umur persaraan paksanya, hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012. (3) Pembayaran pencen terbitan atau elaun bersara terbitan yang berbangkit daripada pindaan yang dibuat di bawah seksyen 7 dan 11 Akta ini kepada mana-mana orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan, jika tempoh dua belas tahun setengah telah habis sebelum 1 Januari 2012, hendaklah diuruskan sebagaimana yang berikut: (a) tempoh dua puluh tahun itu hendaklah dikira dari tarikh persaraan pegawai; (b) orang itu tidak berhak untuk mendapat pembayaran pencen terbitan atau elaun bersara terbitan bagi tempoh selepas habisnya tempoh dua belas tahun setengah hingga

31 Disember 2011; dan

(c) pembayaran pencen terbitan atau elaun bersara terbitan itu hendaklah hanya dibuat mulai 1 Januari 2012.

Rang Undang-Undang6

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pencen 1980 ("Akta 227"). 2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan. 3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 6 Akta 227 untuk memasukkan peruntukan untuk membolehkan penghitungan faedah persaraan pegawai yang bersara atas alasan demi kepentingan negara atau demi kepentingan perkhidmatan awam dikira mengikut tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira seolah- olah pegawai itu telah berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksa yang terpakai baginya. 4. Fasal 3, 6 dan 10 masing -masing bertujuan untuk meminda seksyen , dan 23 Akta 227 yang berbangkit daripada cadangan untuk melanjutkan umur persaraan paksa kepada enam puluh tahun sebagaimana yang dipinda dalam fasal 4. Walau bagaimanapun, pegawai yang berkenaan diberikan opsyen untuk bersara pada umur persaraan paksa sekarang sama ada lima puluh lima, lima puluh enam atau lima puluh lapan tahun sebelum 1 Januari 2012. 5. Fasal 5 bertujuan untuk meminda umur yang pencen boleh mula dibayar kepada seseorang pegawai yang dilantik dalam perkhidmatan pada atau selepas

12 April 1991 yang telah bersara pilihan, iaitu daripada umur persaraan paksa

lima puluh lima tahun, lima puluh enam tahun atau lima puluh lapan tahun yang terpakai bagi pegawai itu, kepada lima puluh lima tahun. 6. Fasal 7 dan 11 masing-masing bertujuan untuk meminda seksyen 15 dan

25 Akta 227 berkenaan dengan pelanjutan pemberian pencen terbitan dan elaun

bersara terbitan daripada dua belas tahun setengah kepada dua puluh tahun dari tarikh persaraan pegawai kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan- peraturan, selain orang yang dinyatakan dalam proviso kepada seksyen 15 dan

25 Akta 227.

7. Fasal 8 dan 9 masing-masing bertujuan untuk meminda seksyen 19 dan

20 Akta 227 untuk membolehkan pemberian pencen, pencen terbitan, ganjaran

atau faedah lain dibuat kepada pegawai, pesara atau penerima pencen terbitan yang bankrap. Bagi maksud itu, pemotongan seksyen 20 Akta 227 dicadangkan dalam fasal 9. Walau bagaimanapun, bagi penunaian perintah mahkamah yang dikeluarkan berhubung dengan perkara kebankrapan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan, pindaan kepada seksyen 19 Akta 227 juga dibuat dalam fasal 8 untuk membolehkan pencen, pencen terbitan, ganjaran atau faedah lain yang diberikan diserah hak, dipindah milik, ditahan, diasingkan atau dilevi. 8. Fasal 12 memperkatakan peruntukan kecualian dan peralihan.

9. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam Huraian ini

merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit.

Pencen (Pindaan)7

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang. [PN(U 2 )2817]quotesdbs_dbs18.pdfusesText_24
[PDF] akta pendidikan 1996 pdf

[PDF] akyado

[PDF] al aoula ramadan 2017

[PDF] al chamel bac 2 economie

[PDF] al chourouk tunisie pdf

[PDF] al dawla bac letter

[PDF] al hamam zajil maroc 2013

[PDF] al ichti9a9 oula bac

[PDF] al mahal chimie maroc

[PDF] al-jazeera english contact

[PDF] alan eustace

[PDF] albert camus biographie pdf

[PDF] albert camus létranger fiche de lecture

[PDF] albert camus l'etranger pdf

[PDF] albert camus letranger pdf download