[PDF] Pendidikan (Pindaan) 1 D.R. 29/2014 RANG UNDANG-UNDANG





Previous PDF Next PDF



AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)

AKTA PENDIDIKAN 1996. (Akta 550). Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [31hb Disember 



AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)

AKTA PENDIDIKAN 1996. (Akta 550). Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [31hb Disember 



akta pendidikan 1996

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN. Sekolah menengah kerajaan/sekolah menengah bantuan kerajaan; a) sediakan kursus pendidikan menengah selama lima tahun yang 



AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)

AKTA PENDIDIKAN 1996. (Akta 550). Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [31hb Disember 



SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1998: Akta Pendidikan 1996

25 Mar 1998 Peraturan-Peraturan di bawah Akta Pelajaran 1961 dan ordinan-ordinan sebelumnya yang tidak diliputi oleh peraturan-peraturan baru di bawah ...



Petikan terpilih di bawah Akta 550 (Akta Pendidikan 1996

Petikan terpilih di bawah Akta 550 (Akta Pendidikan 1996). Download Akta 550 pdf. Prasekolah Swasta (Tadika). •. Seksyen 20: Larangan terhadap penubuhan 



SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/2002 : PELAKSANAAN

27 Nov 2002 Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dengan memasukkan satu seksyen baru iaitu. Seksyen 29A yang menetapkan kuasa Menteri untuk mewajibkan ...



perlembagaan persatuan ibu bapa – guru (pibg)

10 Jun 2004 Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran. Page 3. AKTA PENDIDIKAN 1996. PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN. (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998.





1 pg 2nd cvr

Bahagian IV Sistem Pendidikan



AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)

AKTA PENDIDIKAN 1996. (Akta 550). Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.



SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1998: Akta Pendidikan 1996

25 Mar 1998 Semua Pengarah Pendidikan Negeri. Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1998: Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan- ...



AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)

AKTA PENDIDIKAN 1996. (Akta 550). Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.



Relevansi Akta Pendidikan 1996 Memacu Visibiliti Dan Memartabat

Relevansi Akta Pendidikan 1996 seiring usaha menggerak dan memartabat. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibahaskan sebagai kewajaran pihak.



SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/2002 : PELAKSANAAN

27 Nov 2002 ”Pada menjalankan kuasa di bawah subseksyen 136 (1) Akta Pendidikan 1996 (Akta. 550) Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru memberi kuasa kepada ...



Untitled

Akta Pendidikan 1969 pula menghalang universiti atau termasuk Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996 Akta Lembaga Akreditasi Negara.



Pendidikan (Pindaan) 1 D.R. 29/2014 RANG UNDANG-UNDANG

Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996. [. ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa.



Undang-Undang Malaysia akta institUsi PEndidikan tinggi sWasta

13 Sept 1996 23. akta ini hendaklah terpakai bagi universiti kolej universiti atau kampus cawangan ... Pendidikan tinggi negara 1996 [Akta 546].



1998 ???(??????)??

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN. (PERSATUAN IBU BAPA - GURU) 1998. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 130(2)(i) Akta Pendidikan 1996 



Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah dirumuskan pada tahun 1988 dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi:.



AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550) - Universiti Malaysia Sabah

AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550) Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya [31hb Disember 1997] BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa: DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk



001 - Akta 550 - Draf Bersih - Attorney General of Malaysia

Akta 550 AKTA PENDIDIKAN 1996 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1 Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2 Tafsiran BAHAGIAN II PENTADBIRAN 3 Pelantikan dan kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan 4 Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain 5 Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru 6 Ketua Nazir Sekolah dan Nazir

Pendidikan (Pindaan)1

D.R. 29/2014

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996.

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pendidikan (Pindaan) 2014.
(2) Akta ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.

Pindaan seksyen 2

2. Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2 - (a) dengan memasukkan selepas takrif "Ketua Pengarah" takrif yang berikut: "kolej vokasional" ertinya suatu institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh

Menteri di bawah seksyen 33a;

Rang Undang-Undang2

"Kurikulum Standard Kolej Vokasional" ertinya Kurikulum Standard Kolej Vokasional yang ditetapkan di bawah seksyen 33b;"; dan (b) dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif "upper secondary education", dengan menggantikan noktah dengan koma bernoktah.

Bab baru 5

3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 33

Bab yang berikut:

"Bab 5a - Kolej Vokasional

Penubuhan dan penyenggaraan kolej vokasional

33. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri

boleh menubuhkan dan menyenggarakan sepenuhnya kolej vokasional. (2) Kolej vokasional yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengadakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional bagi murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah. Kurikulum Standard Kolej Vokasional hendaklah digunakan oleh kolej vokasional

33. Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang

dikenali sebagai Kurikulum Standard Kolej Vokasional, yang hendaklah digunakan oleh semua kolej vokasional. Kerjasama dengan institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian lain

33c. (1) Suatu kolej vokasional boleh bekerjasama dengan

mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian bagi maksud - (a) melaksanakan Kurikulum Standard Kolej

Vokasional;

Pendidikan (Pindaan)3

(b) meningkatkan kemahiran pendidikan dan latihan teknik dan vokasional murid; (c) melaksanakan pemindahan teknologi; dan (d) melaksanakan apa-apa pendidikan dan latihan teknik dan vokasional yang dianggap sesuai dan bermanfaat bagi kolej vokasional atau murid. (2) Mana-mana program atau latihan yang dijalankan dengan kerjasama suatu institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian di bawah subseksyen (1) hendaklah menggunakan

Kurikulum Standard Kolej Vokasional.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berhubung

dengan kolej vokasional

33. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi

melaksanakan peruntukan Bab ini dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi - (a) Kurikulum Standard Kolej Vokasional yang hendaklah termasuk pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid pada akhir tempoh pendidikan vokasional; (b) penjalanan pengukuran atau penilaian dan pengendalian peperiksaan bagi kolej vokasional oleh Pengarah

Peperiksaan;

(c) penganugerahan sijil atau diploma; (d) disiplin pelajar, termasuk disiplin dan aktiviti murid semasa mengikuti kursus pengajian, latihan atau program di luar kolej vokasional; (e) tempoh semester kolej vokasional, hari dan waktu murid hendaklah hadir di kolej vokasional dan hari yang hendaklah dijadikan hari cuti oleh semua kolej vokasional atau mana-mana kolej vokasional;

Rang Undang-Undang4

(f) penerimaan masuk murid ke kolej vokasional, penyimpanan daftar murid, had umur dan syarat yang membolehkan murid dikekalkan belajar di kolej vokasional atau dalam mana-mana kelas di kolej vokasional; (g) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran persatuan murid kolej vokasional; (h) apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Menteri bagi maksud

Bab ini.".

Pindaan seksyen 35

4.

Seksyen 35 Akta ibu dipinda -

(a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan "Pendidikan teknik" dengan perkataan "Pendidikan dan latihan teknik dan vokasional"; dan (b) dalam subseksyen (1) dan (2), dengan menggantikan perkataan "pendidikan teknik" dengan perkataan "pendidikan dan latihan teknik dan vokasional".

Pindaan seksyen 130

5. Subseksyen 130(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (v) perenggan yang berikut: "(va) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran apa-apa majlis, badan atau jawatankuasa bagi pendidikan dan latihan teknik dan vokasional;".

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pendidikan ("Akta 550"). Pindaan ini selaras dengan dasar transformasi pendidikan vokasional yang dizahirkan melalui penjenamaan semula sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional. Penjenamaan semula ini melibatkan pengenalan kurikulum

Pendidikan (Pindaan)5

baharu yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang digunakan di semua kolej vokasional. KSKV ini dirangka dengan mematuhi keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 [Akta 679] bagi memastikan sijil atau diploma yang bakal dianugerahkan adalah setaraf dengan sijil atau diploma yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan vokasional yang lain dan diiktiraf oleh industri. 2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan. 3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 550 untuk memasukkan takrif "kolej vokasional" dan "Kurikulum Standard Kolej Vokasional". 4. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan Bab baru 5a ke dalam Akta 550. Seksyen 33a bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menubuhkan dan menyenggarakan sepenuhnya kolej vokasional. Seksyen 33b memperuntukkan bahawa semua kolej vokasional hendaklah menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional. Seksyen 33c membenarkan kolej vokasional untuk bekerjasama dengan mana- mana institusi, pertubuhan atau organisasi perindustrian bagi maksud, antara lain, melaksanakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional dan meningkatkan kemahiran pendidikan dan latihan teknik dan vokasional murid. Mana-mana program atau latihan yang dijalankan dengan kerjasama institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian itu hendaklah menggunakan Kurikulum Standard

Kolej Vokasional.

Seksyen 33d bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan. 5. Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan perenggan baru (va) ke dalam subseksyen 130(2) Akta 550 untuk memberi Menteri kuasa untuk menubuhkan, menyusun, mengurus, mengawal dan membubarkan apa-apa majlis, badan atau jawatankuasa bagi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional.

6. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam Huraian ini

merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang ini. [PN(U2)2906]quotesdbs_dbs48.pdfusesText_48
[PDF] akyado

[PDF] al aoula ramadan 2017

[PDF] al chamel bac 2 economie

[PDF] al chourouk tunisie pdf

[PDF] al dawla bac letter

[PDF] al hamam zajil maroc 2013

[PDF] al ichti9a9 oula bac

[PDF] al mahal chimie maroc

[PDF] al-jazeera english contact

[PDF] alan eustace

[PDF] albert camus biographie pdf

[PDF] albert camus létranger fiche de lecture

[PDF] albert camus l'etranger pdf

[PDF] albert camus letranger pdf download

[PDF] albert camus létranger pdf gratuit